zwani.com myspace graphic comments

Khamis, 6 Januari 2011

"cintaku setelah Allah dan Rasul.."

DENGAN NAME ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYANYANG...


Dengan kehendakNya,kita bertemu kembali di ruangan yang lain....
Alhamdulillah...terasa agak lama ana tak up date blog ni dek kerana kesibukan dunia...
Mudah-mudahan mendapat keredoaan Allah untuk setiapnya.... insyaAllah amen....

Ketika berada dalam kesibukan itu lah ana terfikir pada nikmat kelapangan waktu yang telah diberikan seketika dahulu...ketika itu juga lah lirik lagu nasyid ‘ingat lima pekara sebelum lima pekara’ bermain-main dikotak fikiran ana.....(hehehe...macam dalam movie plak)...antaranya ‘ingat waktu lapang sebelum sibuk’....

Apa pun,ana sedar bahawa kesibukan telah mengajar sesuatu yang amat berharga,dimana kita perlu menghargai dan menikmati setiap waktu kelapangan itu dengan sesuatu yang bermanfaat....

Kali ni ana nak berkongsi tentang sebuah buku yang bertajuk “pemilik cintaku setelah Allah &Rasul....”.... Alhamdulillah, hari ni ana dapat habiskan baca buku ni untuk kali ke-2....;p

Buku ni hasil penulisan seorang insan yang diber i nama “Fatimah syarha mohd Noordin"...bagi ana ia sebuah penulisan yang menarik...kepada sesiapa yang masih belum bace,baca la sekarang.......rugi kalau tak bace...(hehehe...nak tolong promot pulak)...

Buku ni dapat dijadikan sebagai motivasi kepada ramaja mahupun dewasa terutama dalam soal cinta dan kasih sayang sesama makhluk...itu telah menjadi fitrah kepada manusia untuk cinta dan mencintai, serta sayang dan disayangi....tetapi perasaan itu perlu lah pada tempat yang betul dan diberikan kepada yang berhak... contohnya cinta pada Allah &Rasul,Sayang pada ibu bapa....




Tapi,apa yang ana perhatikan dewasa ini,ramai yang meletakkan nya pada tempat yang salah... tidak mampu untuk dinafikan bahawa cinta itu indah...seperti cinta zulaika kepada murrabbi, cintanya melebihi segala-galanya,,,, cinta Rasulullah pada khadijah.....namun ada juga cinta yang memudoratkan..iaitu apabila cinta yang padanya burcampur dengan kelalaian dan kemksiatan...


Pekataan “couple”...ia menjadi perkara biasa dikalangan masyarakat kita sekarang..malah menjadi kebangaan kepada mereka... anak-anak kecil yang baru sahaja menjejakkan kaki ke alam persekolahan juga telah berjinak-jinak dengannya..
Ia ibrat vairus penyakit yang sedang melular dalam masyarakat kita....ia amat menyadihkan terutamanya kita sebagai muslim...


“dan janganlah kamu mendekati zina.sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk...”
(surah al-isra’ 17:32)


Allah telah berfiman supaya kita jangan dekati zina,apatah lagi melakukannya.... zina terbahagi beberapa bahagian...kalau tak salah ana ada zina mata,hati dan perbuatan.... yang selebihnya ana tak berapa pasti..... (mohon maaf di atas kekurangan diri ini)..



Rasulullah SAW bersabda:

“Kebahagiaan manusia itu terletak pada tiga perkara,dan kesengsaraannya terletak pada tiga pekara pula.antara kebahagiaannya ialah miliki isteri yang solehah”
<

1 ulasan:

  1. wah, baru beli dah habis baca. bagus bagus, kte sokong pendapat adha :)

    may Allah bless..

    BalasPadam