zwani.com myspace graphic comments

Jumaat, 21 September 2012

sekalung kasih buat teman...


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah masih lagi mampu jari-jemari dan anggota- anggota lain berfungsi ...

ikhlas dari hati ini...



Apabila empat sahabat bertemu..
Suasana menjadi haru biru…
Dihiasi usik-mengusik dan senda gurau..
Menyepi seketika letih dan lesu..

Sahabat-sahabat ku…
Bertapa indahnya hidup ini..
Dihiasi ceria-ceria mu..
Diantara kita tercipta mutiara-mutiara kasih..
yang sentiasa berpaksi pada Sang Pencipta..



 


Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah menciptakan segala dilangit dan dibumi serta diantaranya, Engkaulah Tuhan yang kami sembah dan Engkaulah tempat kami memohon segala pertolongan,  setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan kerana diberikan sahabat-sahabat yang tinggi budi pekerti, solehah dan indah agamanya. Ya Allah, Engkau kasihanilah mereka, rahmatilah mereka,serta peliharalah meraka, masukkan lah mereka diantara orang- orang yang beriman.. Aamiin ya Rabbal`alamin….

 



Terima kasih sahabat, semoga ukhwah ini sentiasa dalam kasih dan sayangNYA….

Khamis, 20 September 2012

Bila diuji...


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang…

Segala puji bagi Tuhan yang menciptakan seluruh alam,.. setinggi- tinggi kesyukuran di atas nikmat kesihatan ini, mudah-mudahan dapat ana  meneruskan pengembaraan untuk mencari cintaNya yang abadi…

“hidup tidak selalunya indah…”
Langit tak selalu cerah…

Laut mana yang tidak dilanda ombak, gurun mana yang tidak ketandusan…. Itulah seindah perumpamaan untuk kehidupan..Tiada seorang pun yang terlepas daripada diuji… ada ketika kita sedar dengan kehadirannya, dan ada ketika sebaliknya.. antara ujian Allah termasuklah kelaparan, kekurangan harta, dan jiwa. Tidak kurang juga dengan nikmat yang diperolehi, untuk menguji seteguh dan sekuat manakah iman kita.. bergembiralah bagi orang-orang yang sabar.

Firman Allah SWT:
“dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allah lah pahala yang besar. “
[an-Anfaal:28]

Firman Allah SWT:
“ maka apabila manusia ditimpa bahaya dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami dia berkata,’ sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah kerana kepintaran’. Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui.”
[az-Zumar: 49]


Ujian berbentuk kesenangan  memberikan impak yang lebih besar pada diri seseorang daripada ujian berupa musibah. Apabila diuji dengan musibah, sering kali manusia ingat kepada Tuhannya. Tetapai apabila kesenangan yang diterima , manusia sering kali lupa..

Sedar atau tidak, ujian penting dalam hidup kita. Ia merupakan sesuatu yang dapat menguatkan diri dan mendorong kita untuk menjadi lebih baik atau menyedarkan kita dari kesilapan lalu… oleh itu, apabila kita diuji dengan sesuatu masalah samada kecil atau besar,maka janganlah memilih untuk lari daripadanya, tapi pilihlah untuk menyelesaikannya dengan kesabaran… inna Allah ma`a sobirin.. Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar..



Hidup ini boleh diumpamakan dengan dua permukaan syiling… agak-agak kenapa ye???...

Satu permukaan syiling umpama kesusahan dan permukaan yang lain adalah kesenangan. Apabila syiling dilambung, kita tidak tahu sama ada akan mendapat kesusahan atau kesenangan. Ada ketikanya kita diberikan  masalah dan ada ketika diberikan nikmat.. kita tidak akan tahu dan tidak perlu tahu apa yang bakal terjadi di masa hadapan. Tetapi tak salah untuk kita merancang kerana kita hanya merancang dan Allah sebaik-baik perancang dan penentu..

Langkah- langkah untuk menjadi tabah apabila diuji:

  •         Terimalah dugaan yang datang dengan dada yang lapang dan penuh rasa reda. Kerana kalimah ‘andaian’, ‘ kalau’ dan sebagainya tidak mampu untuk memutar masa yang telah berlalu.. janganlah katakana.. “ andai saya berbuat begini pasti akan begitu.” Tapi katakana lah.. “ Allah telah mentakdirkannya dan apa yang dikehendakiNya pasti terjadi..”


  •         Bersabar dan mohonlah pertolongan pada Allah.. sandarkan diri pada yang Maha Kuat, insyaAllah kekuatan akan hadir untuk memulakan langkah yang baru..


Firman Allah SWT:

“  Dan mohonlah pertolongan ( kepada Allah) dengan sabar dan solat. dan sesungguhnya solat  itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”

[al- Baqarah:45]

  •         Sentiasa berfikiran terbuka… jika kita merasankan beban yang kita tanggung sungguh berat, ingatlah masih ramai di luar sana yang diuji dengan ujian yang lebih berat.. andai sekarang kita masih mampu melihat, mendengar,.. berapa ramai diluar sana yang tak mampu melihat dan mendengar.. andai sekarang kita mampu bergerak, berape ramai lagi yang tak mampu bergerak… alhamdulillah, masih banyak nikmat diberikan..




Janganlah bersedih wahai saudara- saudara ku, bersangka baiklah kepada Allah.. sesungguhnya DIA lah Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani… setiap ujian itu adalah tanda kasih dan sayangNya pada kita.. Allah tidak akan menguji seseorang hambaNYa dengan ujian yang tidak mampu hambaNya pikul. 

Isnin, 3 September 2012

dari sekeping hati




Bila hati in teruji, seribu satu kepayahan diungkit kembali.
Bila hati ini diuji, hanya kesedihan menemani diri.

Terasa seperti diri ni keseorangan menempuhi hari-hari.

Tiada tempat mengadu, tiada tempat bergantung..
Segalanya dirasakan seperti kosong..
Detik-detik yang berlalu dirasa tiada erti.
 Diri ini tertanya-tanya ..
Mengapa diri ini masih disini?
Mengapa diri ini  diantara yang teruji?

Maka jawablah iman,
Ingatlah.. diri ini tidak pernah keseorangan..
innaAllaha ma’ na..
sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita..
bersyukur lah kerana diri ini terpilih untuk diuji.
Sesungguhnya ujian merupakan tanda kasih dan sayang Allah kepada hambanya.
Allah tidak akan menguji seseorang hamba dengan ujian yang tidak mampu untuk dipikulnya..
Wahai diri, bersangka baiklah pada NYA..
Hanya DIA yang mampu memberikan apa yang terbaik untuk mu..

Dari-NYA kita datang dan hanya kepada-NYA tempat kita kembali…

Sabtu, 8 Januari 2011

istimewa....


Sajak  aminah Qutbi buat bakal suami....



Sekiranya,

Kita cinta kepada manusia,

tak semestinya manusia cinta kepada kita,

tetapi sekiranya,

kita cinta kepada Allah,

nescaya cinta Allah tiada penghujungnya..

sekiranya,

kita cinta kepada manusia,

kita akan cemburu kepada orang yang mencintai

orang yang kita cintai,

tetapi sekitanya,

kita cinta kepada Allah,

kita akan turut mencintai orag yang

melabuhkan cintanya kepada Allah juga..

ya Allah,

andainya dia adalah jodoh

yang di tetapkan oleh mu untukku,

maka,

campakkan lah ke dalam hatiku,

cinta kepadanya adalah kerana-Mu,

dan cmpakkanlah ke dalam hatinya,

cinta kepadaku adalah kerana-Mu.,

namun,

andainya dia bukanlah jodoh

yang ditetapkan oleh-Mu kepada ku,

berikanlah aku kekuatan agar pasrah

dalam mengharungi ujian,


yang kau berikan kepadaku....

"cintaku setelah Allah dan Rasul 2.."



Alhamdulillah...ana diberikan  kesempatan waktu oleh yang Maha Esa untuk menyambung kembali post yang lalu... sebelum tu,ana nak mohon seribu kemaafan kepada sesiapa yang telah membaca post lalu,kerana ceritanya agak tergantung...dek kesempatan waktu yang tidak mengizinkan......

Bagi sesiapa yang baru sahaja singgah ke blog ni, ana ucapkan ..”SELAMAT DATANG”... kali ni ana nak kongsi serba sedikit  apa yang ana dapat daripada buku “cintaku setelah Allah & Rasul”.... ana tertarik di bab 1.. ‘tiada cinta sebelum kahwin’....  ayat penulis yang meresap ke lubuk hati ana “...cinta yang datang di lubuk hati ini fitrah. Namun apabila ia disusuli tindak-tanduk yang tidak Allah redai,ia akan bertukar menjadi fitnah. Allah SWT memahami fitrah ini dengan mensyariatkan perkahwinan.justeru.untuk apa aku menikmati cinta sebelum perkahwinan?? Bimbang ia menjadi tawar dan hambar. Hilang barakah,hilang kemanisan.....”

Ini menguatkan lagi hujah ana yang mengatakan tidak ada istilah “CINTA /COUPLE cara Islamic”...
Ana teringat kisah di zaman Rasulullah yang di ceritakan oleh seorang ukhti ketika zaman mude-mude dulu...(hehe ..skrg dh tue,nk masuk 20’an.. ;p) ..dimana ada seorang sahabat yang datang kepada Rasulullah saw dan berterus terang bahawa dia telah menyukai seorang wanita,kemudian Rasulullah  saw  meminta sahabat tadi pulang dan bertaubat.....

Ada hadis yang bermaksud:
“sesiapa yang jatuh cinta,kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya,maka dia adalah seorang yang syahid..”
                                                     (riwayat Hakim,ibn Asakir,al-Dailami,dan lain-lain)

Dalam riwayat lain,
“sesiapa yang jatuh cinta,lalu dia memelihara kesucian dirinya dan bersabar hingga meninggal dunia,maka dia adalah seorang yang syahid”

Seandainya apabila seorang insan mencintai insan yang lain,insan itu perlu lah menjaga insan yang dicintai  itu supaya sentiasa berada di landasan yang betul,bukan menyebabkan insan yang dicintai itu jatuh dan lalai dalam kemaksiatan....

Allah SWT berfirman:
“maksudnya:dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk wanita –wanita yang baik(pula)..”
                                                                                                                        (surah al-Nur 24:26)

Jika  kita mencintai manusia,kita akan membenci manusia lain  yang mencintai manusia yang kita cinta.... tapi jika mencintai Allah,kita akan mencintai manusia yang juga mencintai Allah....(maaf la kalau ayat ni agak susah untuk difahami...:D)...


“jika allah mencintai seorang hamba,maka Allah memasukkan kecintaan ini ke dalam hati para malaikat. Jika Allah membenci terhadap seorang hamba,maka Allah memasukkan kebencian ini ke dalam hati para malaikat,kemudian memasukkannya pula ke dalam hati manusia”
                                                                                                                                (riwayat Anas)

Kesimpulan yang ana nak buat,seandainya kita belum berkahwin, kejar lah cinta yang utama... cinta yang tidak pernah mengecewakan kita,iaitu cinta Allah,sebelum kita mengejar cinta lelaki... kerana cinta mereka juga milik Allah...tanpa keredaan Allah,pasti tidak akan bahagia...

pesanan kepada diri ana sendiri,  gadis-gadis,adik-adik,anak-anak dan seumpama dengannya  di luar sana sekiranya masih leka dengan keindahan cinta  melalaikan,sedarlah..... itu hanyalah sementara.... jagalah CINTA itu serapinya... peliharalah ia hanya untuk lelaki selayaknya(suami)... jadikanlah ia sebagai hadiah yang paling berharga buat suami tercinta.... jangan jadikan cinta itu sebagai barang murahan,yang  boleh didapati hanya dengan bermodalkan kata-kata dan janji-jani manis....sesungguhnya janji-janji Allah kepada hambaNya lebih bermakna.....

akhir kalam,mohon kemaafan andai tersalah kata,bahasa or tersalah taip. Ana hanyalah insan biasa yang tak terlepas dari melakukan kesilapan... ambil yang baik itu untuk dijadikan panduan dan  tinggalkan yang buruk itu untuk dijadikan sempadan... insyaAllah, yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari diri ana sendiri....
waAllahhu’alam...
wassalam.....