zwani.com myspace graphic comments

Jumaat, 21 September 2012

sekalung kasih buat teman...


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah masih lagi mampu jari-jemari dan anggota- anggota lain berfungsi ...

ikhlas dari hati ini...



Apabila empat sahabat bertemu..
Suasana menjadi haru biru…
Dihiasi usik-mengusik dan senda gurau..
Menyepi seketika letih dan lesu..

Sahabat-sahabat ku…
Bertapa indahnya hidup ini..
Dihiasi ceria-ceria mu..
Diantara kita tercipta mutiara-mutiara kasih..
yang sentiasa berpaksi pada Sang Pencipta..



 


Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah menciptakan segala dilangit dan dibumi serta diantaranya, Engkaulah Tuhan yang kami sembah dan Engkaulah tempat kami memohon segala pertolongan,  setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan kerana diberikan sahabat-sahabat yang tinggi budi pekerti, solehah dan indah agamanya. Ya Allah, Engkau kasihanilah mereka, rahmatilah mereka,serta peliharalah meraka, masukkan lah mereka diantara orang- orang yang beriman.. Aamiin ya Rabbal`alamin….

 



Terima kasih sahabat, semoga ukhwah ini sentiasa dalam kasih dan sayangNYA….

Khamis, 20 September 2012

Bila diuji...


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang…

Segala puji bagi Tuhan yang menciptakan seluruh alam,.. setinggi- tinggi kesyukuran di atas nikmat kesihatan ini, mudah-mudahan dapat ana  meneruskan pengembaraan untuk mencari cintaNya yang abadi…

“hidup tidak selalunya indah…”
Langit tak selalu cerah…

Laut mana yang tidak dilanda ombak, gurun mana yang tidak ketandusan…. Itulah seindah perumpamaan untuk kehidupan..Tiada seorang pun yang terlepas daripada diuji… ada ketika kita sedar dengan kehadirannya, dan ada ketika sebaliknya.. antara ujian Allah termasuklah kelaparan, kekurangan harta, dan jiwa. Tidak kurang juga dengan nikmat yang diperolehi, untuk menguji seteguh dan sekuat manakah iman kita.. bergembiralah bagi orang-orang yang sabar.

Firman Allah SWT:
“dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allah lah pahala yang besar. “
[an-Anfaal:28]

Firman Allah SWT:
“ maka apabila manusia ditimpa bahaya dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami dia berkata,’ sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah kerana kepintaran’. Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui.”
[az-Zumar: 49]


Ujian berbentuk kesenangan  memberikan impak yang lebih besar pada diri seseorang daripada ujian berupa musibah. Apabila diuji dengan musibah, sering kali manusia ingat kepada Tuhannya. Tetapai apabila kesenangan yang diterima , manusia sering kali lupa..

Sedar atau tidak, ujian penting dalam hidup kita. Ia merupakan sesuatu yang dapat menguatkan diri dan mendorong kita untuk menjadi lebih baik atau menyedarkan kita dari kesilapan lalu… oleh itu, apabila kita diuji dengan sesuatu masalah samada kecil atau besar,maka janganlah memilih untuk lari daripadanya, tapi pilihlah untuk menyelesaikannya dengan kesabaran… inna Allah ma`a sobirin.. Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar..



Hidup ini boleh diumpamakan dengan dua permukaan syiling… agak-agak kenapa ye???...

Satu permukaan syiling umpama kesusahan dan permukaan yang lain adalah kesenangan. Apabila syiling dilambung, kita tidak tahu sama ada akan mendapat kesusahan atau kesenangan. Ada ketikanya kita diberikan  masalah dan ada ketika diberikan nikmat.. kita tidak akan tahu dan tidak perlu tahu apa yang bakal terjadi di masa hadapan. Tetapi tak salah untuk kita merancang kerana kita hanya merancang dan Allah sebaik-baik perancang dan penentu..

Langkah- langkah untuk menjadi tabah apabila diuji:

  •         Terimalah dugaan yang datang dengan dada yang lapang dan penuh rasa reda. Kerana kalimah ‘andaian’, ‘ kalau’ dan sebagainya tidak mampu untuk memutar masa yang telah berlalu.. janganlah katakana.. “ andai saya berbuat begini pasti akan begitu.” Tapi katakana lah.. “ Allah telah mentakdirkannya dan apa yang dikehendakiNya pasti terjadi..”


  •         Bersabar dan mohonlah pertolongan pada Allah.. sandarkan diri pada yang Maha Kuat, insyaAllah kekuatan akan hadir untuk memulakan langkah yang baru..


Firman Allah SWT:

“  Dan mohonlah pertolongan ( kepada Allah) dengan sabar dan solat. dan sesungguhnya solat  itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”

[al- Baqarah:45]

  •         Sentiasa berfikiran terbuka… jika kita merasankan beban yang kita tanggung sungguh berat, ingatlah masih ramai di luar sana yang diuji dengan ujian yang lebih berat.. andai sekarang kita masih mampu melihat, mendengar,.. berapa ramai diluar sana yang tak mampu melihat dan mendengar.. andai sekarang kita mampu bergerak, berape ramai lagi yang tak mampu bergerak… alhamdulillah, masih banyak nikmat diberikan..




Janganlah bersedih wahai saudara- saudara ku, bersangka baiklah kepada Allah.. sesungguhnya DIA lah Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani… setiap ujian itu adalah tanda kasih dan sayangNya pada kita.. Allah tidak akan menguji seseorang hambaNYa dengan ujian yang tidak mampu hambaNya pikul. 

Isnin, 3 September 2012

dari sekeping hati




Bila hati in teruji, seribu satu kepayahan diungkit kembali.
Bila hati ini diuji, hanya kesedihan menemani diri.

Terasa seperti diri ni keseorangan menempuhi hari-hari.

Tiada tempat mengadu, tiada tempat bergantung..
Segalanya dirasakan seperti kosong..
Detik-detik yang berlalu dirasa tiada erti.
 Diri ini tertanya-tanya ..
Mengapa diri ini masih disini?
Mengapa diri ini  diantara yang teruji?

Maka jawablah iman,
Ingatlah.. diri ini tidak pernah keseorangan..
innaAllaha ma’ na..
sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita..
bersyukur lah kerana diri ini terpilih untuk diuji.
Sesungguhnya ujian merupakan tanda kasih dan sayang Allah kepada hambanya.
Allah tidak akan menguji seseorang hamba dengan ujian yang tidak mampu untuk dipikulnya..
Wahai diri, bersangka baiklah pada NYA..
Hanya DIA yang mampu memberikan apa yang terbaik untuk mu..

Dari-NYA kita datang dan hanya kepada-NYA tempat kita kembali…